+60 4-733 3903

Suruhanjaya Perkhidmatana Awam, Negeri Kedah Darul Aman telah diwujudkan oleh Majlis Undangan Negeri Kedah (Legislative Assembly) pada 24 OGos 1959 di bawah “State Public Service Commission Enactment 1959” atau Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Tahun 1959. Enakmen tersebut telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah pada 20 Oktober 1959 dan seterusnya diwartakan pada 29 Oktober 1959. Menurut Enakmen tersebut Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah adalah bertanggungjawab dalam urusan-urusan seperti berikut :-

  • Melantik dan Pelanjutan Tempoh Percubaan 
  • Pengesahan Jawatan 
  • Memasuk ke Dalam Jawatan Berpencen 
  • Petukaran 
  • Menaikkan Pangkat 
  • Tindakan Tatatertib

Bagi urusan kenaikan pangkat Pegawai-pegawai Awam Negeri Kedah Darul Aman, Suruhanjaya telah menurunkan kuasa kepada Lembaga Kenaikan Pangkat menurut Pekeliling Perkhidmatan PSU(K) Bil: 1/1388 bertarikh 5 Mei 1968. Walaubagaimanapun urusan kenaikan pangkat bagi jawatan di dalam Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) masih diuruskan sendiri oleh pihak Suruhanjaya.

Bagi urusan tatatertib pula, Suruhanjaya menggunakan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Negeri Kedah Darul Aman 2007 Jld. 51 No.7 bertarikh 27 Mac 2008 K.P.U 8 dan Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah 1959 . Walaubagaimanapun kuasa untuk membuang kerja dan menurunkan pangkat pegawai di dalam semua Kumpulan termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman, kekal terus di bawah Suruhanjaya

Suruhanjaya Perkhidmanta Awam Negeri Kedah Darul Aman juga berfungsi sebagai Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat bagi Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman , kekal terus di bawah Suruhanjaya.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman juga berfungsi sebagai Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat bagi Pegawai-pegawai Perkhidmatan Negeri Kedah Darul Aman . Begitu juga Urusan Tatatertib, Suruhanjaya berperanan sebagai Lembaga Rayuan Tatatertib.

Font Resize
Contrast