+60 4-733 3903

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN

A. JAWATAN, GRED, NO. FAIL DAN DESKRIPSI TUGAS

Nama Jawatan: Pegawai Tadbir

Gred: N41

No.Fail: SPA(K)/S/ 022 Bhg. 11

Merancang, mengenalpasti dan menyelaras urusan-urusan pentadbiran am, tanah, kewangan, pembangunan Daerah/Negeri serta pengurusan dan pembangunan sumber manusia di pelbagai Jabatan Negeri

 

(a) (i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : RM2,080); atau
(ii)Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : RM2,283.43).
(b)Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktirafsetaraf dengannya oleh Kerajaan.
(c)Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pemolong Pegawai Tadbir, Setiausaha Pejabat, Penghulu, Penolong Pengurus Asrama, Penolong Pegawai Tanah atau Penolong Pentadbir Tanah adalah layak dipertimbangkan untuk Peningkatan Secara Lantikan (PSL) ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41 apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :
(i) mempunyai kelayakan di atas; atau
(ii)lulus Peperiksaan Khas; dan
(ii)had umur pelantikan;

Nama Jawatan: Pegawai Hal Ehwal Islam

Gred: S41

No.Fail: SPA(K)/S/ 051 Bhg. 3

Bertanggungjawab kepada Mufti/YDP Hal Ehwal Agama Islam dalam menjalankan kajian, penyelidikan dan cadangan penyelesaian ke atas isu-isu agama yang berbangkit serta mengurus pentadbiran Masjid Daerah

(a) (i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM2,078); atau
(ii)Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM2,281.86).
(b)Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktirafsetaraf dengannya oleh Kerajaan.
(c)Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pemolong Pegawai Tadbir, Setiausaha Pejabat, Penghulu, Penolong Pengurus Asrama, Penolong Pegawai Tanah atau Penolong Pentadbir Tanah adalah layak dipertimbangkan untuk Peningkatan Secara Lantikan (PSL) ke jawatan Pegawai Tadbir Gred S41 apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :
(i) mempunyai kelayakan di atas; atau
(ii)lulus Peperiksaan Khas; dan
(ii)had umur pelantikan;

Nama Jawatan: Pegawai Syariah

Gred: LS41

No.Fail: SPA(K)/S/ 054 Bhg. 2

Bertanggungjawab mengendalikan Mahkamah Syariah di peringkat Daerah, bertindak sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah, membuat persediaan ‘ground of judgement’ kes-kes rayuan, membuat laporan undang-undang untuk terbitan dalam Jurnal Undang-Undang Syariah dan mengesahkan perakuan permohonan pembahagian harta pusaka di bawah bidang kuasa yang ditetapkan

(a) (i) Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang dengan Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred LS41: RM2,418); atau
(ii)Ijazah Sarjana Muda Kepujian Syariah atau Ijazah Sarjana Muda Penagjian Islam (Syariah) serta Diploma Lanjutan Undang-Undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred LS41: RM2,418.00).
(b)Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktirafsetaraf dengannya oleh Kerajaan.
(c)Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pemolong Pegawai Tadbir, Setiausaha Pejabat, Penghulu, Penolong Pengurus Asrama, Penolong Pegawai Tanah atau Penolong Pentadbir Tanah adalah layak dipertimbangkan untuk Peningkatan Secara Lantikan (PSL) ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41 apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :
(i) mempunyai kelayakan di atas; dan
(ii)had umur pelantikan;

Nama Jawatan: Penolong Pegawai Veterinar

Gred: G29

No.Fail: SPA(K)/S/ 010 Bhg. 3

Membantu mengawasi kerja-kerja penyelenggaraan ladang-ladang ternakan dan rumah sembelihan, kaji selidik makmal serta khidmat nasihat kepada penternak-penternak dibawah seliaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar/Menolong Pegawai Veterinar bagi menjalankan program pembiakan, penyelidikan, kawalan penyakit, bedah siasat, pemprosesan spesimen, penyimpanan rekod penyelidikan dan rawatan haiwan

(a) (i) Sijil Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,494); atau
(ii)Diploma dalam bidang Kesihatan Haiwan dan Penternakan atau Sains Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,923.06).
(b)Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktirafsetaraf dengannya oleh Kerajaan;

Nama Jawatan: Penolong Pegawai Pertanian

Gred: G29

No.Fail: SPA(K)/S/ 071

Bertanggungjawab menjalankan tugas pengembangan termasuk kerja-kerja merancang, melaksana, menilai dan mengesan program-program pembangunan melalui pelaksanaan Projek Perladangan Berkelompok. Selain itu, bertanggungjawab membantu merancang aktiviti-aktiviti penerangan berhubung dengan polisi projek, menghadiri ceramah, dialog/kursus latihan, memberi taklimat dan menerbitkan risalah dan bahan terbitan berhubung dengan projek pertanian

(a) (i) Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,494); atau
(ii)Diploma dalam bidang Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,847.86).
(b)Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktirafsetaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Font Resize
Contrast