+60 4-733 3903

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN

A. JAWATAN, GRED, NO. FAIL DAN DESKRIPSI TUGAS

Nama Jawatan: Penolong Jurutera (Kejuruteraan Awam)

Gred: JA29

No.Fail: SPA(K)/S/ 011 Bhg. 7

Bertanggungjawab melaksanakan projek-projek pembangunan dan kerja-kerja penyelenggaraan yang berkaitan dengan bangunan, jalan raya, dan merancang strategi pelaksanaan operasi serta penjadualan kerja

(a) (i) Sijil dalam bidang Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549); atau
(ii)Diploma dalam bidang Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02).
(b)Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(c)Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kemahiran, Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19, AB22 dan AB26, Penjaga Jentera Elektrik dan Merinyu Tali Air adalah layak dipertimbangkan untuk Peningkatan Secara Lantikan (PSL) ke jawatan Penolong Jurutera Gred JA29 apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :
(i) mempunyai kelayakan di atas; atau
(ii)lulus Peperiksaan Khas; dan
(ii)had umur pelantikan;

Nama Jawatan: Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa

Gred: JA29

No.Fail: SPA(K)/S/ 018 Bhg. 3

Menyedia laporan teknikal serta pelan tata-atur bagi perancangan guna tanah serta menyelia kerja-kerja luar bagi membantu penyediaan laporan kajian rancangan pembangunan di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

(a) (i) Sijil dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00); atau
(ii)Diploma dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29 : RM1,935.02).
(b)Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktirafsetaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Nama Jawatan: Pembantu Pembangunan Masyarakat

Gred: S19

No.Fail: SPA(K)/S/ 047

Membantu dan bertanggungjawab dalam segala urusan bagi pemulihan kanak-kanak cacat, perkhidmatan pemulihan akhlak dan lain-lain. Memberi khidmat nasihat kepada Pertubuhan Sukarela seperti Pusat Harian Kanak-Kanak Terencat Akal, Rumah Orang-Orang Tua dan Asrama Anak Yatim

(a) (i)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352); atau
(ii)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setarag dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40).
(iii)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setarag dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).
(b)Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktirafsetaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Nama Jawatan: Pembantu Tadbir (P/O)

Gred: N19

No.Fail: SPA(K)/S/ 001 Bhg.24

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi)

(a) (i)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352); atau
(ii)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setarag dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40).
(iii)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setarag dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
(b)Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktirafsetaraf dengannya oleh Kerajaan.
(c)Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan untuk Peningkatan Secara Lantikan (PSL) ke jawatan Pembantu Tadbir Gred N19 apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :
(i) mempunyai kelayakan di atas; atau
(ii)lulus Peperiksaan Khas; dan
(ii)had umur pelantikan;

Nama Jawatan: Penghantar Notis

Gred: N11

No.Fail: SPA(K)/S/ 012 Bhg.4

Bertanggungjawab menyampaikan surat atau dokumen undang-undang (saman, waran, perintah, kaedah/aturan, notis atau apa-apa juga proses mandatori sama sivil atau jenayah) kepada satu pihak yang lain secara serahan tangan atau menampal di tempat awam serta menyediakan bukti penyampaian dokumen yang telah diserahkan

(a) (i)Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Lesen Memandu sekuran-kurangnya Kelas B2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216); atau
(ii)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setarag dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40).
(b)Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktirafsetaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Font Resize
Contrast