+60 4-733 3903

Kelayakan SPM

PERINGATAN 
Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:

  1. lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
  2. lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
  3. memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Nota :
Syarat-syarat di atas dikecualikan kepada bekas anggota polis atau tentera yang SEKURANG-KURANGNYA berpangkat Koperal dan ke atas yang memohon jawatan tersebut:

  1. Pembantu Keselamatan Gred KP17
  2. Pembantu Pertahanan Awam Gred KP17
  3. Pembantu Kesatria Gred S17
  4. Pembantu Penguatkuasa Gred N17

Kelayakan STPM

  • Format penyataan keputusan peperiksaan STPM
    Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Peperiksaan Malaysia telah mengubah format penyataan keputusan dan penganugerahan gred bagi peperiksaan STPM kepada penyataan baru yang menggunakan Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP). Format yang baru ini adalah selaras dengan sistem penyataan keputusan peperiksaan yang digunakan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).Format penyataan keputusan peperiksaan STPM yang baru ini telah melaporkan pencapaian calon dalam 11 gred berbanding dengan 7 gred yang sedia ada. Perbandingan penyataan bagi gred kertas dan gred mata pelajaran STPM yang sedia ada dan yang baru adalah seperti yang berikut :

    Gred Kertas Gred Mata Pelajaran Gred Kertas Gred Mata Pelajaran NGMP
    1 A A A 4.00
    2 A A- A- 3.67
    3 B B+ B+ 3.33
    4 C B B 3.00
    5 D B- B- 2.67
    D C+ C+ 2.33
    6 E C C 2.00
    7 R C- C- 1.67
    8 R D+ D+ 1.33
    R D D 1.00
    9 F F F 0.00

    Bagi gred mata pelajaran,

    • gred C hingga gred A yang diberi nilai 2.00 hingga 4.00 dikira sebagai gred lulus penuh;
    • gred D hingga gred C- yang diberi nilai 1.00 hingga 1.67 sebagai gred lulus dan
    • gred F yang diberi nilai 0.00 sebagai gagal.

    Nilai gred mata pelajaran adalah berasaskan kepada peratus wajaran dan markah bagi setiap kertas bagi mata pelajaran berkenaan.
    Penyataan keputusan peperiksaan STPM menggunakan Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP) ini akan dimulai dengan peperiksaan tahun 2003.

Kelayakan STAM

  • Kaedah Pelaporan Pencapaian Keputusan STAM:
    Format penyataan keputusan peperiksaan STAM melaporkan peringkat bagi setiap mata pelajaran seperti berikut:

    PERINGKAT TAKRIF
    Mumtaz Cemerlang
    Jayyid Jiddan Sangat Baik
    Jayyid Baik
    Maqbul Lulus
    Rasib Gagal
  • Kelayakan STAM Untuk Lantikan Ke Perkhidmatan Awam
    Calon-calon yang memiliki kelayakan STAM boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan masuk STPM berdasarkan tahap kelulusan berikut:

    1. lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul dalam satu peperiksaan dengan kombinasi mata pelajaran berikut:
      1. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
      2. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
      3. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
      4. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau
      5. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
      6. dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
      7. tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau
      8. tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
      9. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
      10. satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin.

      ATAU

    2. lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul yang dikumpulkan daripada peperiksaan yang diduduki dalam tempoh tiga (3) tahun mulai dari tarikh keputusan peperiksaan yang pertama kali diduduki dengan kombinasi mata pelajaran seperti di perenggan (a) hingga (j) di atas.
      Senarai mata pelajaran STAM berdasarkan bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut:

      BIDANG MATA PELAJARAN
      Bahasa Arab 1. Nahu dan Sarf
      2. Insya’ dan Mutala’ah
      3. Adab dan Nusus
      4. ‘Arudh dan Qafiyah
      5. Balaghah
      Syariah 6. Fiqh
      7. Hadith dan Mustolah
      Usuluddin 8. Hifz Al-Quran dan Tajwid
      9. Tauhid dan Mantiq
      10. Tafsir dan Ulumuhu

      Calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah tidak layak dipertimbang untuk maksud lantikan ke jawatan-jawatan dengan syarat lantikan STPM.

Font Resize
Contrast